SEPUTAR ISU RUPIAH REDENOMINASI: MASALAH DAN KESAN

rp 10

1. Pada 7 Disember 2011 yang lalu Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia sudah meluluskan rang undang-undang matawang iaitu REDENOMINATION atau redenominasi. Redenominasi ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

2. Apa itu redenominasi? Ia merupakan istilah ekonomi merujuk kepada pengurangan nilai mata wang berbanding mata wang asal tetapi nilai tukarannya tetap sama. Rupiah adalah salah satu mata wang “termurah” di dunia, dengan denominasi mencecah 100,000 yang kedua selepas matawang Dong (matawang negara Vietnam- mata wang tertingga sehingga 500,000). Kita akan melihat sama ada kelebihan dasar yang begitu kompleks ini adalah wajar.

3. Redenominasi adalah satu dasar untuk menukar mata wang pada nisbah tertentu. Dalam kebanyakan kes, redenominasi dijalankan hanya dengan menghapuskan beberapa sifar dalam denominasi lama. Perubahan ini tidak mengubah kuasa membeli kerana ia adalah semata-mata ‘figure’ atau angka sahaja yang berubah.

4. Dalam pelan yang diluluskan, Bank Indonesia (BI) akan menggantikan Rupiah semasa dengan mata wang yang baharu pada nisbah 1 hingga 1,000. jadi TIGA angka sifar dibelakang akan dibuang.

5. Proses ini, sudah tentu, memerlukan satu tempoh peralihan, di mana semua barangan dalam ekonomi akan mempunyai dua harga: satu untuk rupiah lama dan satu untuk rupiah baru. Konsep ini banyak negara telah menerima pakai. Sejak tahun 1960, terdapat 70 siri redenominasi, termasuk Turki (2005), Romania (2005), Zimbabwe (tiga kali antara 2006 dan 2008) dan Brazil (1994).

6. Redenominasi selalunya dilakukan disebabkan dua aspek utama: Pertama, jika ekonomi mengalami inflasi yang tinggi dan kedua untuk menyatukan matawang organisasi ekonomi (seperti EURO).

7. Turki, sebagai contoh, mengalami hampir 100 peratus inflasi tahunan pada tahun 1990-an sebelum memilih untuk melaksanakan redenominasi. Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan harga barangan meningkat tinggi. Maka kerajaan mengambil langkah untuk redenominasi dan menyebabkan enam sifar telah dikeluarkan daripada mata wang Turki, iaitu Lira.

8. Indonesia juga mempunyai pengalaman yang sama pada tahun 1965. Selepas terjadinya salah urus ekonomi makro, inflasi mencapai 1,136 peratus tahun 1966 yang dikenali sebagai hyperinflasi. Maka selepas itu, redenominasi telah dilaksanakan, dan Rupiah 1 menggantikan Rupiah 1,000 untuk mata wang lama.

9. Selain itu, pada tahun 1997 sekali lagi Rupiah diserang oleh speculator matawang ketika terjadinya krisis kewangan Asia; Rupiah hampir runtuh, mencetuskan pergolakan ekonomi yang parah. Ia jatuh ke paras rendah 16,800 Rupiah bagi setiap dolar Amerika, dari tahap sebelumnya kira-kira 2000-3000 Rupiah bagi setiap dolar Amerika. Keruntuhan Rupiah ketika itu mencerminkan kurangnya kepercayaan antarabangsa dan pelabur tempatan terhadap asas-asas ekonomi negara.

10. Antara faedah yang paling penting redenominasi ialah memulihkan kredibiliti pembuat dasar negara. Melalui polisi ini, pihak berkuasa menghantar isyarat bahawa pengurusan ekonomi makro yang lalu adalah kurang tepat; dan memerlukan pengurusan ekonomi makro yang lebih berhemah dan berhati-hati.

11. Satu lagi kelebihan redenominasi ialah memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Kebanyakan manusia tidak boleh berurusan dalam pengiraan yang melibatkan angka yang terlalu banyak. Kita boleh bayangkan bagaimana masa yang terpaksa dihabiskan untuk mengendalikan mata wang yang denominasi sampai berbillion-billion (sembilan sifar). Malah, sistem elektronik boleh mengalami kesilapan jika dipaksa untuk mengendalikan urus niaga dengan angka yang terlalu banyak.

12. Walau bagaimanapun, redenominasi itu adalah dasar instrumen semata-mata. Ia boleh berjaya dan juga boleh gagal dalam mencapai matlamat asalnya. Jika pelaksanaan ini akan menyebabkan hilang keyakinan orang ramai, siri redenominasi ini sia-sia sahaja. Perlu diingatkan bahawa Bank Pusat Zimbabwe pernah melaksanakan empat kali redominasi antara tahun 2002 hingga 2008, tetapi inflasi tahunan kekal di luar kawalan. Bank telah berputus asa. Akhirnya sejak April 2009, kerajaan Zimbabwe telah menerima pakai mata wang Afrika Selatan dan dolar USA sebagai mata wang.

13. Berbalik kepada Indonesia. Bank Indonesia telah merancang untuk menetapkan satu tempoh peralihan (antara 2014-2018) apabila kedua-dua rupiah yang lama dan baru diguna-pakai. Dalam tempoh ini, para peniaga perlu meletakkan tanda harga menggunakan kedua-dua mata wang baru dan lama.

14. Satu lagi masalah mungkin timbul kerana kegagalan koordinasi. Ia mungkin berlaku tatkala selepas dasar redenominasi, maka harga barang-barang tertentu yang baru tidak sama. Keadaan ini kemungkinan besar akan timbul apabila persaingan pasaran tidak sempurna (inefficient) kerana kehadiran amalan monopoli dan oligopolistik.

15. Akhir sekali, hasil dari apa-apa redenominasi sesebuah negara bergantung kepada dasar fiskal dan dasar moneteri yang ketat serta asas makro yang kuat. Manfaat yang paling penting dalam redenominasi ialah memulihkan kredibiliti pembuat dasar khususnya dasar ekonomi negara.

16. Selain itu, kerajaan tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada dasar monetari dalam usahanya untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

17. Memberi tumpuan kepada sasaran inflasi memang perlu tetapi tidak bermakna mengabaikan objektif lain yang lebih luas hamparan makroekonomi seperti pertumbuhan hasil (serta peningkatan produktiviti), meningkatkan nilai ekport, meningkatkan kapasiti tenaga buruh yang efisien dan ‘Balance of Payment’ yang seimbang.

-SAIFUL-

RUJUKAN JOURNAL:

1. Hausmann, R. and Rigobon, R. (2002): IDA in UF: On the Benefit of Changing
the Currency Denomination of Concession Lending to Low Income Countries

2. Mas, I. (1995): “Things Governments do to Money: A Recent History of Currency
Reform Schemes and Scams”, Kyklos, 48: 483-512.

3. Lianto, J., & Suryaputra, R. (2012). The Impact of Redenomination in Indonesia from Indonesian Citizens’ Perspective. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 40, 1-6.

Posted in Economy | Leave a comment

Bingkisan ringkas ekonomi Malaysia setakat 9/10/2013

1. Ekonomi Malaysia telah berjaya mengharungi krisis kewangan global tahun 2008-2010 dan menjadikan kedudukan pasaran negara antara yang terbaik daripada kebanyakan negara Asia Tenggara dengan mengambil kira persekitaraan mesra pelabur dan lain-lain, dilindungi oleh permintaan domestik yang mantap membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan kadar faedah 3.0% yang tidak berubah selama hampir dua tahun setengah.

2. Walau bagaimanapun, baru-baru ini langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, membolehkan kenaikan harga gasoline dan diesel sebanyak 10.5% -11.1%. Pengurangan itu adalah yang pertama sejak dua tahun sebagai langkah untuk mengurangkan bajet defisit negara 4.5% berbanding GDP. Ini menimbulkan spekulasi bahawa bank negara akan menaikkan kadar OPR lebih awal daripada yang dijangkakan. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Mohd Najib Abdul Razak dijangka akan mengumumkan lebih pemotongan subsidi ketika bajet 2014 pada 25 Oktober nanti bersesuaian dengan dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan beliau.

3. Akibat desakan kenaikan harga bahan bakar, saya menjangkakan kadar inflasi (kenaikan harga barang) akan meningkat tahun depan setinggi 2.3% -3.0%. Tekanan ini akan mendorong bank negara untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada separuh pertama tahun depan.

4. Selain itu, Ringgit Malaysia baru-baru ini didagangkan pada tahap yang rendah (three-year low of 3.19987 per US dollar) di tengah-tengah kebimbangan mengenai lebihan jumlah akaun semasa di negara ini, yang mengecil sebanyak satu pertiga jika dibandingkan pada tahun lalu. Saya rasa situasi ini berpunca kebimbangan dengan tahap hutang negara, bajet defisit yang direkodkan sejak 1998 dan aliran keluar wang haram yang menjadi ‘rekod’ kepada Malaysia. Ini bertepatan seperti laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg dan rating agensi.

5. Selain itu, eksport Malaysia telah menguncup selama 5 bulan berturut-turut bermula pada Jun 2013 atas kekurangan permintaan global sehinggakan pada ogos lalu bank negara mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini kepada 4.5% – 5 % daripada 5% -6% pada awalnya. Pertumbuhan GDP 4.2% dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah jauh di bawah sasaran 5+% pertumbuhan ekonomi Malaysia yang telah dicapai sejak tahun 2010.

-SAIFUL-

Posted in Economy | Leave a comment

Kuasa autonomi universiti

1. Tahniah kepada UIAM dan UUM kerana diberi kuasa autonomi dlm urus tadbir, kewangan, sumber manusia, pengurusan akademik dan pengambilan pelajar. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin pada 29 januari 2013. Untuk rekod tahun 2012 yang lepas, lima universiti awam mendapat status itu iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sementara Universiti Teknologi Malaysia menjadi IPTA pertama diberi kuasa autonomi awal bulan Januari 2012.

2. Dengan adanya kuasa autonomi, IPTA berkenaan bukan sahaja boleh menentukan urus tadbir dan menjana kewangan sendiri, malah meliputi pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

3. Walaupun permohonan kemasukan ke IPTA tetap diuruskan oleh UPU, pihak IPTA diberi kuasa penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan utama pelajar.

4. Moga ia dimanfaatkan oleh pihak universiti untuk perbaiki apa yg patut dalam usaha melahirkan insan yang hakiki, bukan sekadar mencetak graduan.

Prinsip asas autonomi di IPTA

* Amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti yang dibelanjakan dalam semua urusan

* Pemantapan sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen `check and balance’ serta ketelusan

* Pemakaian semua pekeliling perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan kewangan dalaman, dan Lembaga Pengarah Universiti ialah pihak berkuasa yang mengambil alih peranan perbendaharaan dalam memantau dan bertindak melindungi kepentingan pelaburan kerajaan di mana berkaitan

* Pemakaian semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia, dan LPU ialah pihak berkuasa yang menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam di mana berkaitan

* Bebanan serta pendedahan kewangan kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan belanja mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan kerajaan melainkan diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat

* Penjanaan pendapatan IPTA hendaklah mengutamakan dan memastikan perlindungan serta (insulate and protect) kepentingan universiti dan kerajaan

* Skim saraan berasingan, jika perlu diwujudkan IPTA berasaskan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang berkuat kuasa, dan sistem ini hendaklah berasaskan prinsip kesaksamaan, kelestarian dan tidak langsung membebankan kerajaan

* Tindakan tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa sepertinya surcaj, turun pangkat, buang kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan IPTA yang gagal mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan tugas.

Posted in General, Social | Leave a comment

Paul Krugman: Liquidity Trap vs Inequality Trap?

As I watched Paul Krugman Sunday night on Bill Moyers, I felt a familiar sense of despair. Krugman cares deeply about unemployment and inequality, as did John Maynard Keynes before him. Yet like Keynes, Krugman seems caught in the inequality-free neoclassical paradigm.

I study the “classical” economists, starting with Adam Smith. Inequality loomed large in their world. They divided society into three broad classes: First, the landlords: the original One Percent, the Downton Abbey crowd, the “great proprietors” of vast estates. Then the capitalists: the merchants and manufacturers. Last: the workers. The classical economists asked, what determines the distribution of income between these classes? But around the end of the 19th Century, the “neoclassical” paradigm swept in. Gone were the three social classes with dramatically different wealth and income. There were only consumers — from old Aunt Esther on Social Security to Donald Trump; producers — from Harry’s Shoes to General Motors; and government. Business cycles were best left to play themselves out.

During the Great Depression, to his credit, Keynes bucked his colleagues by claiming that government spending could revive a depressed economy. But, caught in the neoclassical paradigm, he got the mechanism wrong. Keynes argued, as does Krugman today, that the problem is a lack of consumer demand. Consumers want to save instead of spend. Lacking demand, businesses won’t invest. So there’s a “savings glut” or “liquidity trap” — billions in cash sloshing around seeking in vain for investment opportunities. The solution: government should borrow some of that loose cash and spend it, no matter on what: war, high-speed rail, fixing potholes, or education. Deficits be damned.

In my view, we don’t have a “liquidity trap”; we have an “inequality trap”. What’s that? An “inequality trap” happens in a downturn, when the One Percent, big corporations and banks hoard cash, starving small businesses for capital. The greater the inequality and deeper the downturn, the tighter the trap.

The multinationals are indeed awash in cash. In an article appropriately titled, “Dead Money,” The Economist reports how major corporations trim real investment — such as new technology — while piling up cash. For example, firms in the S&P 500 held about $900 billion in cash at the end of June, up 40 percent from 2008. The Economist dismisses the conservative claim that “meddlesome federal regulations and America’s high corporate-tax rate is locking up cash and depressing investment.” Why? All big multinational firms have been hoarding cash, not just U.S.-based ones; it’s been a growing trend since the 1970s.

The big banks are also awash in cash. For example, JP Morgan’s September 2012 balance sheet shows that out of $2,321 billion in assets, JP Morgan holds $887 billion in “Cash and Short-Term Investments” — over a third! (The “short-term investments” are gambles in the international money markets, but that’s a different story.)

To the One Percent, the cash bath may look like Krugman’s liquidity trap: a lack of investments yielding the high returns they enjoyed before the 2008 crash. But try telling small businesses there’s not enough demand and too much cash! They face drastic “credit rationing” by the banks. The banks are of course super-cautious these days, which is why they pile up cash. But in addition, the collapse in home values has reduced small business owners’ collateral for loans. And following the failure of many small banks and the consolidation of giant banks into megabanks, far fewer banks can or will lend to small businesses.

Today’s depression is a small business depression. Don’t forget, small businesses are the nation’s employers, providing far more jobs per dollar of assets or sales. According to Census data, in 2008, the 99.7 percent of U.S. firms with fewer than 500 workers accounted for 49.4 percent of U.S. employees. In 2007, comparing firms with under half a million in sales to those with over $100 million, the small firms averaged 15 employees per $100 million sales while the big ones averaged only three.

I respect and admire Paul Krugman for fighting the good fight. I just wish he would question the inequality-free neoclassical paradigm. An “inequality trap” requires different measures from a “liquidity trap.” It requires raising taxes on the One Percent and the big corporations — instead of borrowing from them and running up the deficit. It requires protecting ordinary workers and small businesses from the impact of payroll taxes like Social Security, for example by greatly increasing the earned income credit. In the short run, it requires avoiding capital-intensive spending like military or high-speed rail. Instead it requires extra spending to maintain education, health care, unemployment insurance and other urgent public services. In the long run, it requires enforcing anti-trust legislation and breaking up the big banks.

 

SOURCE: PROFESSOR MARY MANNING CLEVELAND

Posted in Economy | Leave a comment

Usman Awang perpaduan melalui puisi

Membaca kembali puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua” yang ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Usman Awang pada 1961 jelas menunjukkan pemikiran sosial golongan sasterawan dan karyawan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Ketika negara baru empat tahun mencapai kemerdekaan, api perkauman sudah terasa apabila masing-masing mahu memiliki negara ini.

Antara petikannya berbunyi:

“Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat

Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat

Esok, ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau

Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau.”

Puisi ini memperlihatkan sikap terbuka Usman Awang terhadap bukan Melayu asalkan mereka menganggap negara ini satu-satunya nusa tercinta mereka. Nampaknya puisi ini terus sesuai dengan pergolakan sosial dan politik sepanjang zaman. Ketika perpaduan kaum begitu rapuh, puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua” elok dibaca semula dan difahami.

Menyeru perpaduan adalah melampaui slogan. Semangat perpaduan mesti disuburkan dari dalam diri setiap warga. Slogan hanya bersifat sementara dan terlalu luaran. Tetapi menerusi karya-karya sastera yang menjurus kepada perpaduan, rakyat akan terasuk oleh pemikiran sasterawannya. Sekalipun bukan tokoh politik, agenda perpaduan Usman Awang diperlihatkan juga menerusi penganjuran Malam Puisi Pelbagai Kaum yang menghimpunkan penyair daripada pelbagai kaum.

Pada acara yang diadakan pada 1984, antara ucapan beliau ialah:

“Musuh kita bukan Melayu dan juga bukan Cina. Musuh utama kita adalah kemiskinan.”

Usman Awang cuba menyedarkan bahawa kemiskinanlah yang membuatkan antara kaum saling berprasangka antara satu dengan yang lain. Sastera telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk memupuk kesedaran terhadap hakikat sosial di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini.

Perjuangan beliau dalam sastera ialah menyuarakan kedamaian tanpa mengira kaum dan agama. Kemerdekaan adalah hasil perjuangan Melayu, tidak kira di bidang politik atau wira yang mengangkat senjata menentang penjajah.

Wira Melayu yang mengangkat senjata menentang penjajah sudah tercatat dalam sejarah, begitu juga perjuangan politik Melayu hingga negara mencapai kemerdekaan. Tetapi selepas merdeka, Melayu tidak meminggirkan kaum-kaum lain yang datang dari luar lingkungan Nusantara. Itulah juga maksud puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua”.

Kerana itu juga tidak hairanlah kalau Usman Awang juga menjadi penganjur deklamasi puisi Malam Merpati Putih yang melibatkan semua parti politik termasuk pemimpin DAP pada akhir tahun 1980-an. Beliau berusaha untuk menyeberangi sempadan pemikiran politik kaum yang sempit kepada agenda perpaduan yang besar. Beliau tidak memikirkan keuntungan politik sebab beliau bukan orang politik.

Tidak kira bangsa atau agama. Kita akan lebih memahami antara satu sama lain jika kita buang sifat sangka buruk. Seperti petikan puisi “Pemuda dan Gadis Tionghua” karya Usman Awang:

“Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa?”

Posted in Social | Leave a comment

LDP dan Jepun

1. Dengan kemenangan yang bergaya, Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya umum Jepun pada 17 Disember 2012 yang lepas selepas kekalahan mengecewakan pada tiga (3) tahun lalu.

2. LDP yang berfahaman Konservatif dijangka melaksanakan pendirian yang lebih tegas terhadap wilayah pertikaian dengan China, dasar pro-nuklear dan kemungkinan memperkenalkan dasar kewangan serta perbelanjaan fiskal yang mampan untuk mengatasi deflasi dan isu mata wang yen yang agak runcing.

3. Malah berita kelmarin di starbiz mengulas langkah Bank Pusat Jepun untuk menaikkan paras inflasi kepada dua (2) peratus tahun hadapan (awal Januari 2013). Sudah tentu ini memerlukan campur tangan kerajaan dalam dasar monetari dan memaksa bank pusat menuruti arahan kerajaan.

4. Setakat ini, saya fikir langkah seterusnya yang bakal dilakukan oleh kerajaan Jepun pimpinan LDP adalah dengan memulakan program rangsangan ekonomi besar-besaran untuk memulihkan ekonomi dan mengawal kadar faedah semasa negara serta melonggarkan dasar monetari.

5. Isu kedua adalah berkaitan dengan hal ehwal luar negera. Hampir pasti LDP yang berorientasikan konservatif dan pro-barat akan mengukuhkan kembali hubungan dengan Amerika Syarikat selepas tiga tahun dilonggarkan oleh parti DPJ. Dengan hubungan yang lebih utuh dengan Amerika Syarikat (US) dan dengan kehadiran US yang kukuh di Asia ia pasti akan mengimbangkan kebangkitan kuasa China dan Rusia.

6. Walau bagaimanapun, persoalan yang masih dibenak, adakah ia benar-benar perlu bagi China untuk menghantar pesawat di pulau-pulau Senkaku? Bersama mencari jawapannya.

 

-SAIFUL-

Berkaitan:

http://edition.cnn.com/2012/12/16/world/asia/japan-election/index.html

http://www.slate.com/blogs/moneybox/2012/12/26/shinzo_abe_vs_the_bank_of_japan.html

Posted in Economy, Social | Leave a comment

Malaysia berkedudukan ke-45 Legatum Prosperity Index 2012

1. Legatum Prosperity Index (LPI) adalah kajian ilmiah seluruh dunia oleh Legatum Institute iaitu sebuah badan NGO berpusat di London, United Kingdom dan kajiannya ditaja oleh Legatum Center, Massachusetts Institute of Technology (MIT) ~ universiti terbaik di dunia.

2. LPI mengukur kedudukan negara paling makmur di dunia, di mana ukuran berikut diambil kira :

  1. Ekonomi
  2. Kesihatan
  3. Keusahawanan dan Peluang
  4. Keselamatan dan Keamanan
  5. Pentadbiran Kerajaan
  6. Kebebasan Individu
  7. Pendidikan
  8. Social Capital

3. Malaysia secara keseluruhannya berada di kedudukan (ranking) ke-45 daripada 142 negara, satu kedudukan yang baik kerana dari segi ekonomi Malaysia dikira sangat kondusif untuk pelaburan asing. Namun, ada beberapa faktor perlu diambil kira :

  1. Skor bagi Keselamatan dan keamanan Malaysia rendah. Ini bermakna Malaysia bukanlah sebuah negara yang dikira selamat. (ranking 62/142) dan semakin jatuh tahun ke tahun.
  2. Skor bagi Kebebasan Individu juga rendah (ranking 111/142).
  3. Skor bagi Social Capital juga rendah (ranking 100/142).
  4. Skor kepuasan hati rakyat Malaysia hanya 5.79 / 10 sahaja..bermakna rakyat Malaysia tak puas hati dengan kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang LPI boleh diakses dilaman sesawang berikut KLIK

Posted in Economy, Social | Leave a comment